26.1.10

Masih Relevent Lagikah "Langkah Bendul"

"Langkah Bendul" ialah bagi adik beradik pompuan, bila si adik kawin dulu sebelum kakaknya, diistilahkan sebagai langkah bendul. Adakah ini hanya adat atau memang ada dalam hadith Rasulullah SAW..atau ada dalilnya dalam al-Quran? adakah wajib bakal suami si adik menyediakan hantaran "serba satu" utk menebus 'kesalahan' tu..? atau hantaran serba satu tu hanya adat semata2..?? Kita lihat pendapat dibawah:



Pendapat pertama:
"Dalam adat tu adik tak boleh kawin dulu. Tak ke di kira salah dalam Islam. Jodoh petemuan kan ke di tanggan Allah. kenapa pula manusia memandai nak tukar ikut sedap sendiri. Ingat nafsu nak kawin ni ikut siapa lahir dulu ke? Kalau kakak tu jenis tak laku, takkan adik yang jenis 'laris' nak menunggu. Takkan nak puasa manjang, mana boleh nahan beb.Yang labih bercanggah ialah si adik tak boleh langsung kawin kalau ada kakak atau abang yang tak kawin. hadis Nabi," Nikah itu sunnahku, siapa yang tak ikut sunnah ku bukan ia dari umatku."FYI, saya ni dikira salah seorang yang pernah 'teraniaya' kerana adat tak boleh langkah bendul dan adat adik beradik tak boleh 2 orang kahwin dalam tahun yang sama. Masa tu saya dah kerja, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri(baru) dan umur pun dah lebih 26 tahun. Ended up saya terpaksa berpakat dengan pakcik makcik dan adik beradik melobi nenek yang kuat berpegang dengan adat, sehingga nenek dan makcik yang kuat beradat ni give-up dan membenarkan kami bulldoze adat ni.Belum rasa mana tahu....."

Pendapat Ke 2:
"Emm... saya masih kurang jelas dalam perkara ini...Adat langkah bendul ni disudut mana karutnya dan bahagian mana pulak yang terkeluar dari landasan Islam?Apa yang saya lihat dan pahami langkah bendul ini hanyalah satu adat bukan ibadat.Mengikut hukum sesuatu adat itu selagi ia tidak bercanggah dengan syarak boleh diamalkan dan boleh juga ditinggalkan. Jika mampu maka perbuatlah ia. Jika tidak tinggalkan lah ia.Pada saya ia elok lah diamalkan. Hati kakak kena jaga la jugak. Bila adik kawin dulu tentu la kakak sedih.Walaupun pemberian tak seberapa. Tapi sekurang-kurangnya dia tak la diketepikan"

Pendapat Ke 3
"Adat tak boleh langkah bendul mengarut dan terkeluar dari landasan Islam. Percaya kepada pantang larang adat tersebut menjadikan kita percaya kepada benda karut dan dilarang dalam islam. Juga adat yang tidak membenarkan 2 orang anak berkahwin pada tahun yang sama, juga karut. Sedangkan Nabi menikahkan 2 anak perempuan pada hari yang sama"

Relevent atau tidak Langkah Bendul terpulang pada individu yang menilainye..tapi bagi ako yg telah mengalaminya, yupp hati kakak kena jaga walaupon ako kawin dulu..2 orang kakak ku dapat sepersalinan dari Mr Husband ako...walaupon x seberapa tapi bagi ako sekurang2nye dia tidak rase diketepikan..ako setuju dengan pendapat ke 2...
 

No comments:

Post a Comment