31.8.12

Surat Putus Cinta - Broken Engglish

Surat putus cinta : Jom layan petikan putus cinta ini, share pada rakan dengan menekan butang share

I WANT TO CUT CONNECTION US

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again!You are really crocodile land.
My friend speak you play… wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk…
Tijah

P/s: slmt ari raya maaf zahir batin...br nk ucap tp xpe yg penting bagaimana pengisian kite ketika ramadhan & aidilfiti :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15.8.12

Abby Abadi ‘Menggelupur’ Malu Ditegur Ustaz Azhar Idrus

Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.


Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.

Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah;

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.

Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”

Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.

Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.

Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.

Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.

Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?

Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.

UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.

Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.

Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.

Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.

Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.

Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.

**Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik.






Sumber: Mynewshub.my

13.8.12

Tolong Ajar Aku Buat Facebook Boleh Tak?

Safwan: Weh! Tolong ajar aku buat Facebook boleh tak?

Ajib: Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?

Safwan: Dah. Aku dah ada email pun.

Ajib: Cantekk! Ok, sekarang ko bukak browser Firefox atau Internet Explorer.

Safwan: Browser tu ape?…

Ajib: Laa. Ko klik menu 'start', lepas tu cari tulisan 'Internet Explorer'.
Safwan: Lepas tu?

Ajib: Kat kotak paling atas, ko taip 'www.facebook.com', pastu 'enter'.

Safwan: Oke! Lepas tu weh?

Ajib: Kalo dah keluar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yang ada.

Safwan: Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.

Ajib: Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Safwan: Paling atas cuma ada tulisan 'the page cannot be displayed'.

Ajib: Oh! Ko salah tulis dari awal tu.

Safwan: Betul la aku taip, 'www.facebook.com'.

Ajib: Hmmmm, mungkin connection Internet ko mati kot.

Safwan: Eh? Kene ada Internet ye? Rumah aku takde Internet.

Ajib: Ciss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau ko. Rupenye rumah ko takde Internet.

Safwan: Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku SMS ko lagi ye. Thanks ye.

Ajib: Sokey bro, email ko ape weh?

Safwan: 'www.taikocai@yahoo.com'. Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.

Ajib: Laa. Mana ade email pakai 'www' kat depan. Alahaii..

Safwan: 'www' tu ape weh?

Ajib: Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh!

Mungkin tiada dah kawan macam "Safwan" sekarang ni. Kalaulah ada, mampukah korang menjadi seperti "Ajib"?

p/s : ada satu lagi kisah admin nk cite ni… ad anak kawan admin yg kecik2 ni.. bila dorang tanya WTF tu apa, maka kwn2 admin yg besar2 tu jawab Wednesday Thursday Friday… hahaha…tergelak admin mase tu

Copyright aans


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12.8.12

Teringin Makan Kuih Putu Kacang Hijau :(

Dah lama mencari tetap hampa :( taun2 sudah yg di jumpa bile makan smua kerasssss...ohhhholol! susahnye nak cari putu kacang yg sedap lg lembut emmmmm kecewanya!!! Taun ni dah cari tp xjumpa, smlm akak jual kuih tu ade ckp kuih ni ade jual kt deret kedai paroi jaya yg ade jual kerepek...maka haruslah petang nie gigih mencari putu kacang teringin sangat2! Nak buat sendiri haisyoooo jng harap ler!!!!

Kat sini ako copy paste resepi putu kacang hijau dari my resipi
shana@myresipi.com
kuih raya orang dolu-dolu yang mudah dan jimat kos....

Bahan-bahan ( 1 balang kuih )

1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
acuan putu plastiki atau kayu
balang kuih
Cara-cara

-Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

-Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi...kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.

-Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.

-Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.

-Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.

-Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan kedalam balang kuih....Selamat Mencuba


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10.8.12

Jawapan Ustaz Azhar Idrus Tentang Cium Mulut

Tak tahu la kalo mangkuk hayun tuh langsung takde ilmu agama atau saja nak tanya suka-suka.

Apa-apapun, UAI memang terbaik sebab santai je layan semua pertanyaan even pertanyaan mengarut dan childish seperti ini.

P/s: copyright aans

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pandelela Rinong Pingat Gangsa Olimpik 2012

DIKEMAS KINI JAM 5 PAGI] RATU terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat - gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi.

Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia
(366.50 mata).

Dengan kejayaan Penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip perak Sabtu lalu.

 

Keputusan akhir:

EMAS: Chen Ruolin (CHN) - 422.30 mata
PERAK: Brittany Broben (AUS) - 366.50
GANGSA: PANDELELA RINONG - 359.20

P/s: copyright sinar harian

 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9.8.12

Majalah Mangga Difatwakan Haram

Majalah hiburan Mangga yang mirip kepada majalah Playbloy kini difatwakan haram.

Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

"Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif."

P/s: copy write by aans


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jenaka Ustaz Azhar


Tweets

Dibulan Ramadan lebih baik kita lebih byk online dgn Allah drp byk online dgn Twitter atau Facebook. Ramai yg sibuk dgn PC lebih dari Allah.
Ramai org puasa hanya jaga perut tapi tak jaga mata, lidah, telinga, tangan, kaki & kemaluan. Ini seolah2 dia main bola kena gasak gol 6-1.
17Ramadan Nuzul Quran. Ada yg dah baca Quran 17juz, ada yg 17muka, ada 17ayt & ada yg baru 17huruf. Ada yg xbuka Quran tp buka twittter 24j.
Kita tahu sedekah paling afdal di bln Ramadan, tapi bila di Jusco RM50 rasa kecik nilainya, bila di masjid mggeletar tangan nak derma RM50.
S: Sy org KUAT! Bole ke sy buka puasa lambat? Ust: Kalau kuat, baik mu pegi Palestin lawan Israel. Buka puasa lambat itu makruh, bkn sunnah.
Kamu jgn megah dgn baju & seluar raya cantik & mahal made in Italy, London, Paris, kerana pakaian mayatmu hanya kain kafan made in China.
S: Apa hukum isteri peluk suami ketika puasa? Ust: Harus jika naik moto, istri takut jatuh ketika kona baring. Makruh utk ambil keseronokan.
Nabi & sahabat iktikaf dimasjid pd 10 mlm akhir Ramadan sbb nak ganjaran 83 thn pahala, org zmn skrg iktikaf dipasaraya sbb nak 80% diskaun.
Ada org bangga bkata tanpa sahurpun dia gagah bpuasa. Padahal sahur itu sunat & berkat dan dia telah rugi! Itu la org suh blaja agama xmau!
Isteri solehah ialah yg byk meminta ampun kpd suami di bln puasa, bukan yg hanya tunggu pagi raya baru tgedik2 nak cium tangan minta maaf.
S: Betulke org xsolat xde pahla pose? Wajibke solat jika naik kpl terbg? Ust: Xdpt pahla pose jika xsolat. Wajib solat skalipun mu naik UFO!
S: Nape byk mksiat sdgkn bln pose setan di ikat? Ust: Yg di ikat tu syayatin iaitu setan jahat, org mksiat bprangai setan tu Allah tak ikat.
Bulan puasa ramai yg menjadi lebai sebab menunggu2 azan maghrib. Lepas bulan puasa tinggal tok bilal je menunggu2 nak azan maghrib!
Bykkn baca Quran, lebih2 lagi pd hr Jumaat di bln Ramadan. Kalau malas sgt, tgk isi Quran pun jadilah, bole jg pahla drp dpt dosa tgk awek.
S: Afdal tarawih 8 atau 20rkt? Ust: Buat 8 ke, 20 ke, molek blaka. Yg dok molek mu duk sibuk main fbook & twitter smpi xsolat trawih lgsung!
S: Batalkah puasa jika berus gigi? Ust: Ya batal, jika kamu telan air sisa berusan atau telan berus gigi tu! *Memberus gigi tak batal puasa.
S: Normal ke jika minat wanita tua utk jadikn isteri? Ust: Normal, cuma wanita muda bole main mcm baby doll, kalau tua kena standby panadol.
S: Sangkut dlm trafik jem, bole ke buka puasa dgn korek hidung? Ust: Buka puasa ni dgn mkn minum bkn korek hidung! Jgn mkn tahi hidung dah.
S: Bole ke buka posa dgn jimak? Ust: Bole, cuma jgn tsilap dgr azan iklan di TV sudah. Tak pasal kena ganti 60hari! *Jom berbuka dgn kurma*
Islam agama yg bersih. Jangan meludah merata2 bila puasa kerana telan airliur tak batal puasa. Yg batalnya jika mu telan airliur org lain.
Org2 soleh banyak duduk di masjid pada akhir Ramadan utk mencari pahala di mlm QADR, jgn kita pula duk sibuk cari kain baju di kedai KAMDAR.
Di bln Ramadan bykkan solat sunat. Solat 2rkt 5min pahla melebihi Ferrari. Keje 8jam dpt rm30 nak beli pnutup angin tayar Ferraripun xcukup!
Banyak makan juadah buka puasa, badan jadi gemuk gedempol; Banyak tengok awek penjual juadah, pahala puasa jadi kurus kering.
Ramadan ialah bulan utk gandakan ibadat, bukan utk gandakan tido. Ini lepas sahur tido, solat subuh miss. Malam org tadarus dia 'tidoterus'!
Waktu berbuka bila masuk maghrib. Azan hanya tanda masuk waktu. Azan di TV kena berhati2, silap2 azan dlm drama atau iklan! *Selamat Bebuka*
Di bulan puasa afdal kita post status utk mengingati ttg ibadat & perkara akhirat, jgn ghairah post status ttg juadah bbuka puasa, makruh.
Selamat menyambut malam pertama Ramadan dgn penuh rasa syukur & insaf, kerana ada org yg malam ini adalah malam pertama di alam barzakh.