12.8.12

Teringin Makan Kuih Putu Kacang Hijau :(

Dah lama mencari tetap hampa :( taun2 sudah yg di jumpa bile makan smua kerasssss...ohhhholol! susahnye nak cari putu kacang yg sedap lg lembut emmmmm kecewanya!!! Taun ni dah cari tp xjumpa, smlm akak jual kuih tu ade ckp kuih ni ade jual kt deret kedai paroi jaya yg ade jual kerepek...maka haruslah petang nie gigih mencari putu kacang teringin sangat2! Nak buat sendiri haisyoooo jng harap ler!!!!

Kat sini ako copy paste resepi putu kacang hijau dari my resipi
shana@myresipi.com
kuih raya orang dolu-dolu yang mudah dan jimat kos....

Bahan-bahan ( 1 balang kuih )

1 kg kacang hijau
1/2 kg gula mesin halus
acuan putu plastiki atau kayu
balang kuih
Cara-cara

-Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

-Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi...kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.

-Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.

-Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.

-Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.

-Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan kedalam balang kuih....Selamat Mencuba


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Cara buat mmg tradisonal habis,
    Nak order byk takut x dpt cover sbb mak mertua yg buat,kalo kena timing jemur cuaca pun ok,boleh tahan berbulan gak,satu balang ada 100biji=rm18je..kol utk planing raya nanti 0135186884 sue

    ReplyDelete